Pusat Sumber dan Fotografi
Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka
Jabatan Penerangan Malaysia
Aras 9, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital
Lot 4G9, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Email: psf@inform.gov.my
Phone: 03-89117412
Fax: 03-89117522
File information | File dimensions | File size | Options |
Original JPG File | 6016 × 4016 pixels (24.16 MP) 50.9 cm × 34 cm @ 300 PPI | 13.7 MB | Restricted |
Screen | 1198 × 800 pixels (0.96 MP) 10.1 cm × 6.8 cm @ 300 PPI | 268 KB | Restricted |
784204
2023-01-27 09:35:41
Open
Noralia binti Harun
CSC OKT 2022, Ketua Menteri Sarawak, Premier Sarawak
Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg,
Dato Sri Fatimah Abdullah,
Ricky @ Mohamad Razi Bin Sitam,
Datuk Rosey Yunus,
Noriah Ahmad.
Ketua Menteri Sarawak, Premier Sarawak
27 October 22
2022-10-27
External Hard Drive, Server Storage
Dewan Undangan Negeri (DUN), Kuching.
Jabatan Penerangan Malaysia
Malaysia
Sarawak
Jabatan Penerangan Malaysia
Chua Shim Choon
NIKON D750
Color
Photo
Digital Camera
Para SUKMA 2022 Medan Cungkil Bakat Baharu Atlet Para
KHAMIS, 27 OKTOBER 2022
KUCHING: Temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang akan berlangsung bermula 1 hingga 6 November ini bakal menjadi medan mencungkil bakat-bakat baharu atlet para di peringkat antarabangsa.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyempurnakan acara penyerahan bendera Sarawak kepada Kontinjen Para SUKMA di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Khamis.
Rombongan kontinjen tersebut telah diketuai oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Pembangunan, Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Chef De Mission Kontinjen Para SUKMA Sarawak, Mohamad Razi Sitam.
Bercakap dengan media selepas acara tersebut, Dato Sri Fatimah Abdullah memberitahu, pasukan tersebut menyasarkan 64 pingat emas pada temasya kali ini.
“Kami berazam untuk mendapat 64 pingat emas dan sekaligus menjadi johan pada temasya kali ini,”ujarnya.
Katanya lagi, seramai 314 atlet para Sarawak yang akan mengambil bahagian dalam 10 acara sukan iaitu olahraga, renang, badminton, ping-pong, 10 pin bowling, boccia, lawn bowls, catur, powerlifting dan memanah.
Jelasnya, strategi untuk meraih kemenangan pada tahun ini adalah dengan penyertaan para atlit dalam pelbagai acara.
“Strategi kami ialah untuk bertanding di dalam sebanyak-banyak acara supaya peluang untuk memenangi pingat itu mudah dicapai,”katanya.
Tambahnya, kesemua atlet Para SUKMA telah bersiap siaga dan bersemangat untuk menghadapi temasya berkenaan.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus, dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Noriah Ahmad.-EDISI UKAS
(Sumber: UKAS)
YAB Premier Sarawak menyerahkan bendera negeri kepada Pasukan Para SUKMA 2022 di DUN Baharu, Kuching. 27.10.2022